Monday, September 28, 2009

Bersyukurlah kerana dirimu sempurna...

Jika dihitung nikmat yang Allah Taala berikan, pastinya tak dapat kita hitung. Aku ada tangan, aku ada kaki, aku boleh bernafas dengan sempurna, aku boleh berjalan dengan sempurna.Kedua-dua tangan dan kakiku senpurna tiada yang pendek sebelah k, panjang sebelah k..Alhamdulillah. Aku dapat melihat, dapat merasa makanan tanpa ada masalah, boleh hidu, boleh menulis,boleh menaip dengan pantas...tak tau dah nak tulis apa sebab terlalu banyak nikmat yang Allah berikan.
Saudaraku hidup tanpa bunyi. Baginya bunyi itu adalah suatu yang asing. Sejak lahir hinggalah kini. Penat jugak nak berkomunikasi dengannya. Susah nak fahamkan dia dan dia nak fahamkan kita.Semua ahli keluarga belajar bahasa isyarat..bukannya senang. Tapi apa yang sy perhatikan, tidak susah bagi golongan sepertinya. Apa yang sy perhatikan, insan yang hilang satu nikmat ini biasanya mempunyai kekuatan di bahagian lain. Contohnya, orang yang cacat penglihatan, biasanya telinga mereka lebih peka. Orang yang cacat pendengaran apa yang sy lihat...mereka mempunyai kekuatan tangan untuk menggunakan bahasa isyarat dengan pantas. Pernah baru-baru ini, di ibu kota Kuala Lumpur sy terlihat seorang lelaki yang memakai kasut yang bertapak tebal sebelah.Sebelah lagi tapak biasa. Sy amati lelaki ini mempunyai kaki yang tidak sama panjang.Namun, kecekalannya untuk berjalan di tengah-tengah orang ramai itu mengujakan saya.Mungkin anda juga boleh perhatikan sendiri.Jadi, janganlah merasa diri anda kurang itu, kurang ini. Sebenarnya anda bertuah berbanding dengan insan yang berada dalam kekurangan.
p/s:Sebesar-besar nikmat ialah islam dan iman, dan mati dalam husnul khatimah.

Sunday, August 9, 2009

BANNED PUMA!


Let us against the selling of puma shoes that supposedly have the name of Allah.

Monday, August 3, 2009

KISAH SEORANG CIKGU...

Di sebuah kampung...
Penduduk kampung dikejutkan dengan berita kematian seorang guru sekolah. Pagi tadi. Dikatakan Allahyarham meninggal ketika selesai menunaikan solat subuh. Guru tersebut berusia hampir 50-an dan dikenali oleh penduduk kampung sebagai Cikgu Nik.
Sekitar pukul 8 pagi, keluarga dan penduduk kampung sibuk menguruskan jenazah. Cikgu Nik memerhatikan sahaja gelagat mereka membantu untuk menguruskan pengebumiannya. Cikgu Nik sedar bahawa dunianya sekarang bukanlah dunia yang dilihatnya, dunianya sudah beralih ke alam lain. Walaubagaimanapun, Cikgu Nik masih rasa terkesima dengan apa yang dialaminya pada waktu subuh tadi...dia didatangi oleh Malaikat pencabut nyawa. Sakit tak terkata. Rasulullah saw sendiri pun mengakui akan sakitnya mati semasa Malaikat datang mencabut nyawanya. Cikgu Nik tahu bahawa Rasulullah saw adalah insan yang amat dikasihi olah Allah Taala dan para malaikat.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang amat2 kacak menuju ke tempat Cikgu Nik. Lelaki tersebut berdiri betul-betul di hadapan Cikgu Nik. Siapakah lelaki ini? getus Cikgu Nik.
Kain kapan sudah siap dibentangkan. Haruman yang semerbak memenuhi segenap ruang rumah Kak Zah. Bukan rumah Cikgu Nik tapi kini rumah Kak Zah, balu Cikgu Nik. Cikgu Nik tahu bahawa sebentar lagi badannya akan dililit dengan kain putih yang wangi itu setelah selesai dimandikan. Apabila Cikgu Nik nak dikapankan, lelaki yang kacak itu berada di antara Cikgu Nik dan kain kapan.????
Setelah selesai semua urusan pengebumian, sanak-saudara serta penduduk kampung berarak pulang ke rumah masing-masing. Kini tinggallah Cikgu Nik di alam lain keseorangan sambil menanti kehadiran....
Mungkar dan Nangkir menuju ke arah Cikgu Nik. Mereka berdua cuba memisahkan lelaki kacak ini dari Cikgu Nik supaya mereka boleh menyoal Cikgu Nik seorang diri mengenai ketaatan kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata,
"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga."
Kemudian lelaki kacak itu berpaling ke arah Cikgu Nik...
"Aku adalah al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih."
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak itu mengatur untuknya dari Mala'ul A'la (Malaikat dalam syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi dengan bauan kasturi.
Maka berbahagialah Cikgu Nik di alam sana. Cikgu Nik berasa sangat bersyukur.
Tiada apa yang terlalu istimewa pada Cikgu Nik cuma Cikgu Nik sentiasa membasahi lidahnya dengan al-Quran. Cikgu Nik rajin membaca al-Quran. Selepas solat fardhu, pasti Cikgu Nik akan membaca al-Quran. Dia akan menyempatkan juga dirinya untuk membaca al-Quran. Indahnya hidup kerana al-Quran.

Sabda Rasulullah saw;"Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiyamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah saw; " Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku adalah membaca al-Quran."(Riwayat at-Tirmidzi)

Nasihat untuk diri saya dan semua, jangan tinggalkan al-Quran. Berusahalah dan pergilah belajar dengan orang yang mahir membaca al-Quran, perbaiki bacaan kita.Yang dah pandai pun patut belajar lagi.Ilmu ni sangat luas.Jangan segan untuk belajar.
Sabda Rasulullah saw; Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit(susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)."(Riwayat Muslim)

~Kisah di atas adalah semata-mata untuk memberi iktibar kepada semua. Tiada kaitan dengan orang lain.~

A session with Dr.Ammar

learn about dental instruments.

prostho lab

NAFSU OH NAFSU

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."